KHAS UNTUK MAAEZ WARRIORS

Maaez Foundation Product Knowledge

MAAEZ FOUNDATION
MAKE IT GLOW

Brand : Maaez


Makeup finish : Semi Matte


Foundation coverage : Medium to full coverage


Country of Origin : Malaysia


Skin type : All skin type


Formulation : Liquid


Packaging type : Tube


Weight : 15gram / 30gram


Skin tone : Fair, Light, Medium, Tan


SPF : 45


Active Ingredient : Bisabolol, Ethylhexyl Methocinnamate, Titanium Dioxide, Portulaca Oleracea Extract


Maaez Foundation Size : Small Size (15gram) & Regular Size (30gram)


Price : RM 29.90 (15 gram) / RM 49.90 (30 gram)


4 code Maaez Foundation :


· Snow (Fair) – Putih/Cerah


· Honey (Kuning/Medium Fair) – Sederhana Cerah


· Caramel (Medium Deep) – Sederhana Gelap


·  Truffle (Tan/Deep) – Gelap/Tanned

FAHAMI KELEBIHAN MAAEZ FOUNDATION

Tonton Video Ini Untuk Melihat Kelebihan Foundation Yang Bakal Customer Anda Rasai

Tekan Butang "PLAY", Untuk Menonton.

PENGGUNA TAK PERLU CORRECTOR ATAU CONCEALER UNTUK TUTUP PARUT DIMUKA MEREKA!

Mereka Boleh Jimat MASA & Boleh Bersiap Dengan PANTAS!
Dan HARGA Yang RM29.90
sahaja untuk 15g!

KALAU BAKAL PELANGGAN MEMPUNYAI MASALAH SEBEGINI AMAT SESUAI MENGGUNAKAN FOUNDATION INI

JANGAN BIARKAN PELANGGAN ANDA YANG MEMPUNYAI MASALAH KULIT WAJAH & MENGHALANG KEYAKINAN MEREKA!

Apa Itu Maaez Foundation?

Maaez Foundation adalah foundation yang BERKUALITI TINGGI SETARAF INTERNATIONAL. Sesuai untuk mereka yang ingin menutupi masalah kulit muka yang menjejaskan penampilan seperti JERAWAT, JERAGAT, DARK CIRCLE, TONA KULIT TAK SEKATA, KULIT KUSAM, ROSACEA dan pelbagai lagi.

Rata-rata pengguna berpuas hati selepas memakai foundation ini kerana ianya FULL COVERAGE, TAHAN LAMA DI MUKA, & yang pasti ianya SELAMAT serta HALAL!

Maaez Foundation kini telah menjadi PILIHAN Juru Solek dan ramai INFLUENCERS Di Malaysia!

4 BAHAN UTAMA DALAM MAAEZ FOUNDATION

1. BISABOLOL
Bisabolol adalah cairan berminyak tidak berwarna yang diekstrak dari minyak pati Chamomile.

Bahan ini bertindak sebagai anti inflamasi yang membantu menenangkan kulit, melindungi kulit sensitif, berfungsi menyejukkan dan melembapkan. Ianya juga bersifat anti penuaan dan membantu merawat kulit yang sangat kering.

Ianya mempunyai aroma yang lembut dan tidak berwarna.

Ramuan ini telah digunakan selama beratus-ratus tahun sebagai agen penjagaan diri kerana khasiatnya yang menyembuhkan kulit.


2. ETHYLHEXYL METHOXYCINNAMATE (EHMC)
Ethylhexyl-methocinnamate merupakan cairan transparent yang tidak larut dalam air.

Kebiasaanya EHMC banyak digunakan dalam produk sunscreen atau produk makeup untuk melindungi kulit dari kerosakan sinaran UVB dan sebagai penapis ultraviolet (UV).

Ianya bertindak melindungi kulit dari sinar matahari dengan cara menyerap, memantulkan atau menyebarkan sinar UV


3. TITANIUM DIOXIDE (TiO2)
Titanium dioxide atau titanium dioksida merupakan sejenis physical sunscreen, iaitu sunscreen yang bekerja di luar lapisan kulit. Ia menyerap dan melawan sinar UV agar tidak menyerap ke epidermis.

Titanium dioxide bertindak dengan cepat melindungi kulit, iaitu secara langsung setelah diaplikasikan. Sedangkan chemical sunscreen memerlukan masa 20 minit untuk mula melindungi kulit selepas diaplikasikan.

Ianya lebih tahan lama di bawah sinaran matahari berbanding chemical sunscren.

Ianya sesuai untuk kulit sensitif kerana ianya lebih lembut di kulit.

4. PORTULACA OLERACEA EXTRACT
Portulaca Oleracea merupakan sejenis tanaman yang tumbuh dengan bunga kuning cerah.

Tanaman ini biasa dipakai sebagai tanaman ubat tradisional Korea untuk merawat infeksi dan iritasi pada kulit.

Bahan ini berfungsi untuk mencerahkan warna kulit dan mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV.

Ianya mampu membantu mencegah garis-garis halus, menenangkan kulit, memperbaiki kulit dan melindungi dari radikal bebas.




FULL INGREDIENTS DALAM MAAEZ FOUNDATION

Aqua, Talc, Hydrogenated, Polydecene, Aluminium Hydroxide, Triethoxycaprylylsilane, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Ethylhexyl, Methoxycinnamate, Glycerin, Lauryl PEG-10 Tris (Trimethyylsiloxy), Silylethyl Dimethhicone, Mica, Methicone, Propanediol, C12-15 Alkyl Benzoate, Dimethicone, Megnesium Stearate, Zinc Oxide, Sodium Chloride, Ethylhexylglycerin, Dimethicone Crosspolymer, Disteardimonium Hectorite, PEG-10, Dimethicone, Argania Spinosa Kernel Oil, Simmondsia Chinesnsis Seed Oil, Xanthan Gum, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate, Bisabolol, Fragrance, Butylene Glycol, Portulaca Oleracea Extract, CI 77492 (Iron Oxide), CI 77491, (Iron Oxides), CI 77499 (Iron Oxides)

Maaez Foundation Disahkan HALAL & Berdaftar Dengan KKM!

Customer Boleh Makeup TANPA RAGU!

ADA SIJIL HALAL!

BUKTI BERDAFTAR DENGAN KKM!

FUNGSI MAAEZ FOUNDATION

1. Mampu menutupi cela di wajah seperti jerawat, bekas jerawat, parut dan jeragat dengan sangat baik

2. Menjadikan kulit nampak lebih berseri, licin dan natural glow

3. Menyerikan kulit yang kusam dan menyembunyikan tona kulit tidak sekata

4. Mengandungi penapis UV dengan SPF45 bagi melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV.

KELEBIHAN MAAEZ FOUNDATION

1. Full coverage atau liputan penuh yang boleh memberi ilusi pada kulit agar kelihatan lebih licin, bebas cela dan segala ketidaksempurnaan seperti bintik hitam, jerawat, parut, jeragat, ruam merah mampu dilindungi dengan sempurna.

2. Tekstur yang pekat supaya dapat menutupi dengan lebih sempurna tapi senang untuk diblend dan ringan di muka.

3. Finishing yang tidak berminyak dan tidak melekit.

4. Sesuai untuk makeup harian atau makeup pengantin (heavy makeup).

5. Tidak menyebabkan liang tersumbat dan merosakkan kulit.

6. Melindungi kulit daripada sinaran UV dengan SPF 45.

7. Bebas paraben.

8. Sesuai untuk semua jenis kulit.

9. Mempunyai 4 pilihan code berbeza mengikut kesesuaian warna kulit. Iaitu code Snow, Honey, Caramel, Truffle.

PEMILIHAN CODE FOUNDATION YANG SESUAI UNTUK BAKAL PELANGGAN

1. SNOW : Sesuai Untuk Mereka Yang Berkulit Putih Gebu.

2. HONEY
: Sesuai Untuk Mereka Yang Berkulit Sederhana Cerah atau Kuning Langsat.

3. CARAMEL : Sesuai Untuk Mereka Yang Berkulit Sederhana Gelap atau Sawo Matang.

4. TRUFFLE : Sesuai Untuk Mereka Yang Berkulit Gelap / Tanned.

TIPS PEMAKAIAN MAAEZ FOUNDATION SUPAYA TAHAN LAMA DAN MENGHASILKAN EFFECT YANG CANTIK

- Muka di prep dahulu dengan moisturiser supaya kulit muka berada dalam keadaan lembap.

- Boleh pakai primer kalau nak foundation tahan lebih lama.

- Untuk kesan yang lebih smooth pastikan guna applicator bersesuaian iaitu beauty blender/sponge atau foundation brush.

- Kalau guna sponge, pastikan sponge dilembapkan dahulu. Lalukan sponge di bawah air, perah untuk keluarkan air dan lap sponge supaya sponge tak basah tapi sekadar lembap sahaja.

- Foundation Maaez cepat set di muka. Picit tube foundation ke muka di satu bahagian demi satu bahagian, kemudian terus blend atau dap dap menggunakan sponge. Nak hasil lebih natural, dap berulang kali sampai foundation nampak serasi di kulit muka.

- Kalau tak nak set dengan loose powder pun boleh, lagi senang bila nak touch up bila ada kesan mask. Just dap dap pakai jari sahaja. Foundation tanpa loose powder lebih senang untuk di touch up berbanding yang dah set dengan loose powder.

- Foundation ini sangat sesuai untuk yang kulit normal dan kulit berminyak. Kalau anda kulit kering, pastikan prep muka betul-betul dahulu.

- Elakkan apply secara tarik foundation di muka terutamanya bagi yang kulit bermasalah, tapi dap dap supaya tempat bermasalah boleh ditutup dengan foundation dengan lebih sempurna.

PRODUK PELENGKAP YANG MANAKAH BOLEH DISARANKAN PADA CUSTOMER?

Maaez Moisturizer:
Bagi menjadikan foundation lagi tahan lama di muka dan menghasilkan kesan solekan yang lebih smooth penggunaan moisturizer amat-amat disarankan.

Penggunaan moisturizer adalah salah satu elemen wajib dalam rutin skincare dan solekan. Maaez Moisturizer mempunyai sifat “instant hydration” yang mampu mengekalkan kelembapan sehingga 72 jam.

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering sangat penting untuk memakai moisturizer terlebih dahulu supaya kulit lebih lembap dan memudahkan blend foundation.

Maaez - Squishy Marshmallow Puff :
Bagi mendapatkan effect make up yang lebih flawless, pengguna applicator juga sangat penting.

Squishy Marshmallow Puff ini mempunyai tekstur yang sangat gebu untuk memudahkan foundation diratakan dengan sempurna. Ianya tidak menyerap foundation dengan banyak. Bentuknya yang mempunyai bahagian rata memudahkan blend di bawah mata.

Maaez - Lashed Up! :
Untuk melengkapkan hasil makeup, anda boleh menggunakan Maaez - Lashed Up! untuk menjadikan solekan lebih nampak lebih menawan.

Bulu mata ni didatangkan dengan 4 set setiap kotak, yang berharga serendah RM29.90 sahaja.
Setiap set bulu mata itu hanya berharga RM7.50/set. Biasanya bulu mata jenama lain yang setanding Lashed Up! berharga sekitar RM10 - RM30 sepasang.

SOALAN YANG SERING DITANYAKAN PELANGGAN (FAQ)

1. Macam mana nak pilih code yang sesuai dengan saya?
Maaez foundation mempunyai 4 code berbeza.
Snow – fair (putih/cerah)
Honey – light (sederhana cerah/kuning/medium fair)
Caramel – medium deep (sederhana gelap/sawo matang)
Truffle – tan (deep/gelap)

2. Maaez foundation sesuai ke untuk muka berminyak atau kulit kering?
Boleh! Maaez foundation sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tetapi untuk kulit kering digalakkan pemakaian moisturizer sebelum itu untuk menjadikan makeup lebih smooth dan mudah diblend.

3. Adakah Maaez foundation mesra wuduk?
Tidak, Maaez foundation mempunyai tekstur yang pekat. Adalah digalakkan menggunakan makeup remover untuk menanggalkan kesan Maaez foundation pada kulit sebelum mengambil wuduk.

4. Boleh ke Maaez foundation dibawa solat?
Ya, boleh. Maaez foundation mempunyai perakuan Halal dan boleh dibawa solat.

5. Apa yang harus dilakukan jika salah membeli warna Maaez foundation?
Pilihan terbaik dalam memilih foundation adalah dengan warna yang satu tone lagi terang dari kulit asal. Tetapi jika tersalah membeli code yang agak gelap/cerah, cuba campurkan code lain yang lebih terang/gelap.

6. Apa beza small size dan regular size Maaez foundation?
Hanya kuantiti yang berbeza. Small size 15 gram manakala regular size 30 gram.

7. Berapa lama tahan penggunaan untuk small size dan regular saiz Maaez foundation?
Untuk small size biasanya bertahan dalam 1-2 bulan. manakala untuk regular saiz biasanya bertahan sehingga 3 bulan keatas malah ada yang tahan sehingga 10 bulan. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada penggunaan masing-masing.

8. Adakah kulit sensitif sesuai menggunakan Maaez foundation?
Ya, sesuai! Maaez foundation mempunyai bahan seperti Bisabolol yang bersifat anti radang yang akan melindungi kulit dan merawat kulit.

9. Adakah perlu memakai sunblock walaupun Maaez foundation mempunyai SPF 45?
Iya perlu! Untuk perlindungan sinar UV yang optimum pemakaian sunblock amat perlu walaupun memakai Maaez foundation.

10. Adakah Maaez foundation mempunyai fragrance?
Ya! Maaez foundation mempunyai sedikit sahaja kandungan fragrance, sekiranya anda alergik terhadap fragrance kemungkinan tidak sesuai.

11. Maaez foundation ni jenis foundation yang oxidize ke bila pakai?

Ada oxidation tapi tidak ketara. Ianya lebih menampakkan maekup lebih natural bila foundation sudah sebati dengan kulit. Anda tidak perlu mengambil code yang lebih cerah.

FEEDBACK MAAEZ FOUNDATION!

Masih ada BANYAK LAGI TESTIMONI yang anda boleh dapatkan di Telegram Channel Maaez HQ. Boleh dapatkan Link dengan admin atau leader anda

Scroll to Top